berita

Warga Asing Tak Puas Hati PKPD Lempar Air Kencing, Bawang Kepada Petugas Keselamatan

April 10th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Kawasan Selangor Mansion di Jalan Masjid India telah berada di tahap zon merah. Rata-rata penduduk di kawasan itu merupakan warga asing yang turut menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Akibat tidak berpuas hati dengan perintah tersebut, mereka didakwa menunjukkan protes dengan membuang sampah termasuk plastik yang berisi air kencing ke arah pihak keselamatan yang bertugas.

Terpaksa berdepan situasi tidak dijangka

Memetik laporan Sinar Harian, PKPD telah diperketatkan di beberapa kawasan zon merah termasuk bangunan Malayan Mansion, Selangor Mansion dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah sejak 31 Mac 2020 lalu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Petugas keselamatan yang turut turun padang adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak dijangka ini.

Bukan saja-saja pakai helmet

Warga asing di kawasan berkenaan menunjukkan sikap biadap dan tidak berpuas hati disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan makanan harian.

Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana.

Hargai pengorbanan petugas barisan hadapan

Namun bagaimanapun, keadaan masih terkawal setelah difahamkan bantuan makanan telah diaturkan oleh pihak berkuasa buat mereka.

Sebab itu kita kena hargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan ini. Mereka terpaksa berdepan situasi begini. Harap tidak ada lagi tambahan kawasan PKPD dan orang ramai terus patuh dengan perintah kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber: Sinar HarianMalaysia Military Power

The following two tabs change content below.