Malaysia telah mencatat angka 17 kes kematian angkara wabak Covid-19 ini. Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan, satu penambahan kes telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan hari ini. Mangsa merupakan seorang Warganegara berusia 66 tahun yang mempunyai penyakit kronik.
Perlu bantuan pernafasan
Menurut beliau, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor pada 20 Mac 2020 dan terus memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Kesihatan mangsa semakin merosot hari demi hari dan dilaporkan meninggal pada jam 4.10 pagi tadi.
Sumber: Noor Hisham Abdullah