berita

Warga Emas Ada Sejarah Kencing Manis & Darah Tinggi Korban Ke-27 Covid-19

March 28th, 2020 | by faris
Kini Trending

Wabak Covid-19 meragut seorang lagi mangsa, menjadikan jumlah mangsa maut setakat ini kepada 27 kes. Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam siaran live sebentar tadi.

Warga emas ada sejarah darah tinggi dan kencing manis

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan memberitahu satu lagi kematian direkodkan pihaknya, menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 27 orang.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke Crisis Prepareness & Response Centre (CPRC) Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 27 kes dengan kadar kematian 1.1 %.

Kes kematian ke-27 iaitu ke 2162 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac kemudian dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac, beliau disahkankan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

Pihak kementerian turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas pemergian itu. Dalam pada itu, kementerian turut mengesahkan 61 kes sudah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Setakat jam 12 tengah hari 28 Mac terdapat 159 kes baru dilaporkan.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×