Satu letupan kuat yang berlaku di kawasan bendang di Kampung Bechah Keranji, Kelantan membongkar sebuah kematian tragis membabitkan seorang pesara tentera. Memetik laporan Sinar Harian, pihak polis telah menemui mayat lelaki berusia 59 tahun dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu di dalam sebuah van.
Mayat sudah rentung
Kredit foto: Sinar Harian
Timbalan Ketua Polis Kelantan iaitu Senior Asistan Komisioner Abdullah Mohammed Piah melaporkan kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.00 petang dan penduduk kampung mendengar bunyi letupan kuat serta melihat kepulan asap hitam terus bertindak membuat laporan polis.
Difahamkan, penemuan mayat Ibrahim Mohd Nor berusia 59 tahun itu ditemui di lokasi jarak dua kilometer daripada rumahnya. Menurut salah seorang penduduk kampung yang melewati kawasan kejadian berkata dia ternampak mayat yang sudah rentung berada di dalam van.
Apabila mendekati van, dia melihat ada mayat yang sudah rentung 100 peratus di tempat duduk pemandu dan segera menghubungi polis. Berdasarkan keterangan penduduk yang tinggal berhampiran lokasi, mereka ada mendengar bunyi letupan dan melihat kepulan asap hitam, namun menyangkakan kebakaran biasa.
Mengalami kemurungan melampau
Menurut laporan pihak polis, setelah siasatan dibuat mendapati mangsa memiliki kad pesakit Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengalami masalah mental serta kemurungan sejak sekian lama.
Berdasarkan keterangan daripada anaknya, mangsa mengalami kemurungan melampau bermula awal tahun ini selepas kematian bapa mentuanya. Bapanya itu keluar dari rumah sejak petang semalam dan dikatakan mengisi penuh minyak petrol ke dalam tangki van tersebut.
Sumber: Sinar Harian