Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki warga emas ditemui maut dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah kediaman yang terletak di Baling, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Mayat Ditemui Terapung Di Tengah Laut, Kaki, Tangan & Leher Berikat Dengan Bongkah Batu
Kaki & tangan diikat
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 71 tahun itu juga ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat.
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dijumpai pada kediaman tersebut.
Si mati ditemui di atas katil bilik utama dan tempat kejadian tidak mempunyai kamera rakaman litar tertutup (CCTV).
Namun hasil pemeriksaan rakaman CCTV di rumah jiran mangsa mendapati terdapat imej dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap yang dipercayai suspek keluar dari rumah berkenaan.
Tambah Shamsudin lagi, mangsa tinggal bersendirian di rumah tersebut selepas kematian isterinya sekitar lapan tahun yang lalu.
Dalam pada itu, hasil siasatan yang dibuat mendapati barangan peribadi seperti dompet, sebentuk cincin serta seutas rantai emas tiada bersama mangsa.
Hasil siasatan awal dipercayai berpunca bermotifkan samun namun siasatan masih dilakukan.
Mayat kemudian dihantar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian ke atas lelaki warga tempatan itu.
Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Harian Metro