Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki warga emas di Korea maut akibat serangan jantung selepas tercekik sotong hidup.
Artikel Berkaitan: Warga Emas Ditemui Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut, Kaki & Tangan Diikat
Artikel Berkaitan: Warga Emas Merayu Peluang Kedua, Dah Insaf!
Tersekat pada kerongkong
Menerusi laporan Mirror UK, mangsa yang berusia 82 tahun sedang menikmati makanan istimewa tempatan, yang dikenali sebagai ‘san-nakji’ (sotong hidup), di bandar Gwangju, Korea.
Apabila paramedik tiba di tempat kejadian, mangsa sudah pun mengalami serangan jantung dan mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tempatan.
Hidangan ‘san-nakji’ merupakan sotong mentah yang dicincang dan dihidangkan secara tradisional, dengan disiram minyak bijan.
Difahamkan, ia merupakan satu hidangan yang amat popular di Korea Selatan.
Makanan ini menimbulkan risiko keselamatan dan orang ramai dinasihatkan untuk memotongnya menjadi kepingan yang lebih kecil dan mengunyah dengan teliti sebelum menelannya.
Walaupun begitu, ini bukanlah satu-satunya kejadian di mana orang mati akibat sesak nafas selepas memakan hidangan tersebut.
Menurut Ibu Pejabat Bomba dan Bencana Seoul dari tahun 2007 sehingga 2012, tiga individu telah maut di Korea Selatan selepas tercekik makhluk laut hidup itu.
Sumber: Mirror UK