berita

Warga Emas Merayu Peluang Kedua, Dah Insaf!

September 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

amang seksual anak

Foto: Harian Metro

Seorang warga emas merayu agar diberi peluang kedua selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan amang seksual anak perempuannya.

Artikel Berkaitan: Datuk Durjana Hisap Kemaluan & Paksa Budak Berkeperluan Khas Meliwat, Tarik Ke Semak Ketika Main Layang-Layang

Artikel Berkaitan: Wanita Nyenyak Tidur Diperkosa Bergilir-Gilir 5 Rakan Abang Ipar, Siap Rakam Adegan Rogol

Empat pertuduhan amang seksual

amang seksual

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, warga emas yang juga pemandu e-hailing tersebut dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Buttterworth kerana melakukan empat pertuduhan amang seksual terhadap anak kandungnya yang berusia 13 tahun pada tahun lalu.

Tertuduh membuat pengakuan berkenaan dihadapan Hakim Noor Aini Yusof ketika semua kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, warga emas berusia 63 tahun itu didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya dengan memegang payu dara gadis tersebut.

Kelakuan tidak senonoh itu didakwa dilakukan antara Mac dan Jun tahun lalu di sebuah rumah di Mukim 8 Tanah Liat, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Tertuduh kemudian didakwa melakukan amang seksual buat kali ketiga dan keempat dengan menghisap payu dara dan memegang kemaluan anaknya pada Mei 2022 di lokasi yang sama.

Sudah insaf

Gambar sekadar hiasan

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak mengendalikan dakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding berlangsung, Wan Amira memohon supaya tiada sebarang jaminan ditawarkan berikutan hubungan tertuduh dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh berkata dia sudah insaf dengan kesalahannya lalu merayu kepada mahkamah agar dia diberikan peluang kedua.

Berikutan alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, hakim kemudian menetapkan bahawa tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap warga emas itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(2)(a) akta yang sama.

Seksyen 14 (a) membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16 (2) akta sama, membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan tidak kurang dua sebatan.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 27 September hadapan sebagai sebutan semula kes untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×