Gambar sekadar hiasan
Seorang warga emas yang berusia 64 tahun disahkan maut selepas 12 batang giginya dicabut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Singburi, Thailand.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Cabut Sebatang Gigi, Muka Gadis Ini ‘Lompong’ Dimamah Bakteria Pemakan Daging. Ngeri…
Pendarahan tidak terkawal
Memetik laporan portal Thaiger, anak kepada mendiang, Chantana Khum Khrong mendedahkan bahawa rawatan yang dilakukan telah menyebabkan bapanya mengalami pendarahan tidak terkawal sehingga menyebabkan maut.
Difahamkan, mendiang bapanya pernah mendapatkan rawatan untuk penyakit hatinya sebelum ini di hospital berkenaan.
Chantana menjelaskan bahawa rawatan untuk penyakit hati mendiang bapanya bermula pada 12 Mei sebelum bapanya ditahan sehingga 15 Mei di hospital sama kerana rawatannya memerlukan antibiotik.
Pada 23 Mei, pihak hospital menasihatkan agar 12 batang gigi rosak bapanya dibuang melalui dua peringkat di mana tujuh batang gigi akan dicabut pada peringkat pertama manakala lima lagi pada peringkat kedua.
Selepas operasi mencabut gigi selesai, doktor hanya memberikan kain kasa untuk digigit selepas bapanyanya mengalami pendarahan yang teruk dan tidak berhenti.
Jururawat hanya menasihatkan menggigit semula kain tersebut berbanding memberinya ubat bagi menghentikan pendarahan itu.
Chanthana turut mempersoalkan tindakan doktor yang bertegas mencabut gigi itu walaupun kesihatan ayahnya semakin merosot.
Dalam pada itu, difahamkan Pengarah Hospital Singburi akan memberi kenyataan rasmi mengenai kes itu dalam masa terdekat.
Sumber: Thaiger