berita

Warga Emas Rempuh 6 Kenderaan Lain Sempat Tunjuk Isyarat Bagus, Nyalakan Rokok

June 18th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial satu video yang memaparkan beberapa kenderaan telah dirempuh dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas. Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana menyaksikan telatah warga emas berkenaan yang kelihatan tenang dan bersahaja sambil menyala sebatang rokok ketika masih lagi berada di dalam keretanya.

Sempat nyalakan rokok

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Warga emas yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dipercayai tidak dapat mengawal kenderaan lain sebelum merempuh enam kenderaan lain. Di dalam video tersebut dia turut memberi isyarat tanda bagus selepas itu.

Didakwa sakit punca hilang kawalan

Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan. Pemandu itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong telah mengesahkan kejadian tersebut. Berdasarkan siasatan awal pihak polis, warga emas tersebut dikatakan mengalami kesakitan sebelum kejadian dan menyebabkan dia tidak mampu mengawal kenderaan yang dipandunya.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×