berita

Warga Singapura Isi Minyak RON95 Di Malaysia Boleh Didenda RM1 Juta, Penjara 3 Tahun

January 6th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak ron95 di sebuah stesen minyak di Johor Bahru. Berikutan rakaman video yang viral itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor telah menerima banyak aduan daripada orang ramai dan telah mengeluarkan kenyataan berhubung kes berkenaan melalui akaun Facebook mereka.

Guna sistem kad kredit dan layan diri

https://www.facebook.com/nas.nazrin.12/videos/pcb.839060216522942/130482618420759/?type=3&theater

Merujuk kepada penularan klip video memaparkan seorang lelaki mengisi minyak petrol RON95 pada kenderaan dengan nombor pendaftaran asing di salah satu stesen minyak di Johor Bahru pada 02 Januari 2020 yang lalu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor telah menerima aduan daripada orang ramai melalui sistem E-Aduan dan telah mengambil tindakan segera untuk menangani isu itu.

Pihak Kementerian memandang serius akan aspek penjualan minyak petrol RON95 bagi kenderaan nombor pendaftaran asing. Pada 03 Januari 2020, sepasukan pegawai penguatkuasa dari KPDNHEP Johor telah melakukan pemeriksaan terhadap stesen minyak yang diadu. Hasil pemeriksaan dan siasatan dilakukan mendapati bahawa lelaki yang mengisi minyak petrol RON95 pada kenderaan asing dipercayai menggunakan sistem kad kredit layan diri di pam untuk mengisi minyak pada hari tersebut.

Pemilik stesen minyak diarah bantu siasatan

Siasatan sedang dibuat ke atas stesen minyak terbabit di atas kesalahan gagal mematuhi arahan Pengawal Bekalan. Pemilik stesen telah diarahkan untuk hadir ke KPDNHEP Johor bagi merekod rakaman percakapan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dimana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman pada individu denda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak melebihi RM3,000,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya manakala hukuman bagi syarikat, denda tidak melebihi RM2,000,000 dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak melebihi RM5,000,000.

Kementerian mengucapkan ribuan terima kasih atas segala maklum balas dan kerjasama yang diberikan.

Sumber: KPDNHEP

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×