berita

Waris Tak Bersalah – Joe Flizzow

November 11th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Joe Flizzow

Minggu lepas, penyanyi yang meningkat naik menerusi lagu Rembau Most Wanted, Waris didakwa telah menciplak lagu Botingkek daripada lagu asalnya, Racks On Racks nyanyian YC feat. Future.

Susulan isu tersebut, lagu Botingkek telah ditarik semula pencalonannya daripada senarai akhir Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) yang baru diumumkan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, sewaktu bertemu dengan penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow, penyanyi tersebut telah mempertahankan Waris dan menjelaskan bahawa penyanyi itu tidak bersalah dalam hal berkenaan.

Mungkin saya boleh buat sedikit penjelasan bagi pihak Waris. Sebenarnya ini bukan kes ciplak. Dalam hip hop kita ada satu term yang dipanggil sebagai mixtape yang bermaksud, kita akan nyanyi atas lagu orang lain.

Saya bukannya nak menyebelahi Waris, tapi memang bukan salah dia. Ini satu perkara normal dalam karya seni muzik hip hop.

Namun begitu, saya tak salahkan AIM sebab tarik balik lagu tersebut, mungkin ada yang tersilap hantar lagu itu untuk dimasukkan sebagai pencalonan akhir.

Joe FlizzowJoe Flizzow tak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh RIM

Sebagai penyanyi yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik hip hop, Joe akui merasa kurang setuju dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur AIM, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sehingga mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam anugerah tersebut.

Sejak AIM memperkenalkan kategori hip hop, ramai orang tak tahu yang syarat untuk kategori tersebut adalah lagu yang dicalonkan mesti 60% dinyanyikan dalam versi Bahasa Melayu. Jadi tiap-tiap tahun tak ada pencalonan untuk kategori tersebut.

Bila tanya kenapa tak ada pencalonan, mereka akan jawab sebab lagu-lagu tak cukup Hip Hop. Sedangkan perkara ini langsung tiada kaitan dengan rentak muzik hip hop. Sebab itu saya tak mencalonkan nama saya dalam AIM.

Ada beberapa syarat yang saya tak setuju. Kalau nak sangat dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, baik kategori itu ditukar kepada Lagu Hip Hop Melayu Terbaik, bukannya Lagu Hip Hop Terbaik.

Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Joe Flizzow kini sedang sibuk merangka promosi untuk album terbarunya berjudul Havoc.

Selain itu, penyanyi ini turut melahirkan rasa syukur dan tidak menyangka akan membawa pulang trofi anugerah Shout! Awards 2013 menerusi kategori The Ultimate Shout! Awards, Sabtu lepas.

SKIP THIS AD ×