Foto: Utusan Malaysia
Kecoh di media sosial apabila nama Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikatakan telah digugurkan daripada jawatan Duta Besar Malaysia Ke Indonesia.
Artikel Berkaitan: MP Pasir Salak, Tajuddin Sah Jadi Duta Besar Malaysia Ke Indonesia
Hanya tangguh
Foto: Utusan Malaysia
Semalam media melaporkan bahawa nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong hari ini. Namun, menurut laporan Utusan Malaysia, satu sumber mendedahkan bahawa watikah pelantikan Tajuddin ditangguhkan ke suatu tempoh lain.
Bukan digugurkan, hanya tangguh.
Pendedahan tersebut telah menolak dakwaan yang mengatakan Tajuddin digugurkan daripada jawatan Duta Besar berkenaan.
Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ibarat mempertikaikan kuasa Agong, kerana pelantikan beliau sudah diperkenan.
Mei lalu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Namun, pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.
Sumber: Utusan Malaysia