berita

‘Wayang’ Je Lebih

July 16th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Susulan dari kekecohan di Dewan Rakyat siang tadi terhadap tindakan pembangkang protes perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof disifatkan hanya sekadar sandiwara oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lihat Ketegasan KJ Enggan Keluar Dewan Walaupun Didesak Pemimpin UMNO

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memberi respon terhadap tindakan ahli pembangkang kerajaan baru ini.

Itu sandiwara

Itu sandiwara. Apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar, maka sekarang dia tahu mengapa orang (pembangkang dahulu) keluar juga. Kerana sebelum ini mereka pernah pertikai tindakan pembangkang keluar dewan, sekarang mereka bertindak dengan cara yang sama macam mana mereka fikir ia teruk.

Perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat disahkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah dengan menerima satu cadangan nama sahaja untuk jawatan berkenaan.

Tidak hiraukan protes pembangkang

Ketika berlaku kekecohan tadi, Tun Dr Mahathir tidak menghiraukan protes pembangkang dan terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seramai 221 Ahli Parlimen mengangkat sumpah hari ini kecuali Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih cuti sakit selepas menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×