berita

‘We Can Touch Dogs & Sayang Dogs’ – Muat Naik Gambar Pegang Anjing, Daphne Iking Sengaja Cetus Kontroversi?

January 8th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Apa sahaja yang dilakukan oleh artis mahupun selebriti masa kini pasti sahaja akan menjadi perhatian netizen sama ada baik atau buruk. Segala tindak tanduk mereka diperhatikan dan apabila mereka membuat sesuatu perkara diluar norma, pantas sahaja ‘keyboard warrior’ ini mengecam tindakan mereka.

Itulah yang terjadi kepada pengacara dan pelakon, Daphne Iking apabila dia memuat naik sebuah gambar dirinya sambil memegang seekor anjing. Dalam pada itu, Daphne turut menyelitkan kapsyen yang sedikit sarkastik untuk bakal pengikut beliau yang besar kemungkinan akan mengkritik beliau gara-gara anjing yang dipegang olehnya.

Sebelum dikecam dan mendapat pahala free

https://www.instagram.com/p/BdpmWhfnr4M/?hl=en&taken-by=daphneiking

Di dalam entri tersebut, Daphne menerangkan tidak salah untuk memegang anjing sama seperti haiwan peliharaan lain seperti kucing dan hamster tetapi hendaklah dicuci tangan tersebut selepas memegangnya. Malah, anjing tersebut bukanlah miliknya tetapi milik rakanya.

Sengaja cetus kontroversi?

Disokong netizen

Namun, masih terdapat netizen yang mempertahankan tindakan Daphne ini. Mereka beranggapan Daphne tahu dengan apa yang dia lakukan dan tindakan tersebut tidak perlu dikecam kerana dia berhak melalukan apa yang ingin dia lakukan.

Sumber: Daphne Iking

SKIP THIS AD ×