berita

‘Welcome To The World Baby L’ – Scha Alyahya Selamat Bersalin Baby Girl

February 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Scha Alyahya, selamat melahirkan cahaya mata keduanya hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Scha menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi. Tahniah!

Artikel berkaitan: ‘Wow, Macam Tak Pregnant Je..’ – Kongsi Pengalaman Hamil Tapi Penampilan Scha Alyahya Pula Jadi Tumpuan

Baby girl!

Kami sekeluarga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H. Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan. Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga. Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak. Stay safe, and welcome to the world Baby L.

Menurut Scha, dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang kedua pagi tadi. Tambahnya, kedua-dua mereka berada dalam keadan yang baik. Ujar Scha lagi, mereka dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Ucapan terima kasih turut diucapkan oleh Scha buat semua yang telah mendoakannya dan bayi L mereka.

Sumber: Scha Al-Yahya

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×