berita

‘What If Kalau Tak Sempat?’ – Ernie Zakri Kongsi Kisah Penghijrahan Mula Berhijab

October 29th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, penyanyi Ku Bersuara iaitu Ernie Zakri sudah memakai hijab pada sejak pada sekitar bulan Ogos lalu. Ernie bagaimanapun sempat berkongsikan kisah penghijrahannya itu di Zayan baru-baru ini apabila buat keputusan untuk mengenakan hijab. Namun, dia turut memikirkan sekiranya masih mendapat tempat dalam industri muzik atau sebaliknya setelah memakai hijab.

Masa itu masih teragak-agak

Ernie menerusi perkongsian bersama Zayan menceritakan pengalaman pertama kali akan keputusannya untuk mengenakan penampilan terbaharu.

Daripada last year saya ambil keputusan untuk berhijab. Cuma pada masa itu agak teragak-agak sikitlah. Banyak memikirkan tentang kerja-kerja semua. By this year dalam keadaan kita semua tengah susah, masa PKP hari tu, tiba-tiba tersedar timbul perasaan takut. ‘What if kalau tak sempat?’…

Niat tu dah ada dari last year, cuma saya sendiri tak terbuka hati. Batul-betul fokus nak pergi ke jalan yang baik tu. Masa PKP hari tu kita banyak habiskan masa seorang dan pada masa itu saya fikir. Alhamdulillah dapat dan sempat untuk buat keputusan untuk berhijab.

‘What if kalau tak sempat?’

Tambah Ernie lagi, dia tidak terfikir soal rezeki sekiranya sudah memakai hijab. Dia menyifatkan masyarakat dan produksi sudah mula bersifat lebih terbuka artis-artis yang bertudung masa kini.

Banyak ikon wanita yang Ernie contohi seperti Neelofa dan Mira Filzah. Semua wanita-wanita yang aktif dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada Ernie untuk terus bertudung. Rezeki semua Allah yang rancang. Inshaallah, bila dah bertudung mana tahu terbuka lagi organizer yang lain untuk mengambil Ernie bekerja.

Sumber: Zayan

SKIP THIS AD ×