Penderitaan yang dialami oleh Juweta dalam drama ‘Takdir Yang Tertulis’ episod keenam semalam, ternyata mengganggu emosi penonton setia drama tersebut.
Artikel berkaitan: Rampas Semua Hak Juweta, Netizen ‘Benci’ Watak Ruhila & Azlan Dalam Drama ‘Takdir Yang Tertulis’
Mana taknya, usaha Juweta untuk mendapatkan anak dan syarikat arwah bapanya semula masih tidak berjaya. Bahkan, dia telah dihalau oleh Azlan dan ibu Ruhila semasa pergi ke pejabat dan rumahnya.
Why you did this to me
View this post on Instagram
Dalam episod semalam, Juweta (Nad Zainal) telah pergi ke pejabatnya untuk bersemuka dengan Azlan (Nazim Othman). Juweta ingin mendapatkan penjelasan kenapa Azlan tergamak merampas syarikat arwah bapanya. Keadaan menjadi lebih serius, apabila Juweta menjerit dan melemparkan beg tangannya ke muka Azlan. Namun, keadaan menjadi terkawal semula apabila pengawal keselamatan telah mengusir keluar Juweta dari bangunan pejabat tersebut.
Selama beberapa tahun menjadi ibu kepada Mika, Juweta turut pergi ke rumahnya semula bagi mengambil anak kecil itu. Sebaik sampai di rumah, Ruhila telah menghalang Mika daripada berjumpa dengan Juweta. Mika berjaya melarikan diri pada masa tersebut dan akhirnya berjaya berjumpa dengan Juweta. Pertemuan dua beranak itu merupakan pertemuan yang sangat singkat kerana ibu Ruhila telah pulang ke rumah dan menghalang Juweta untuk berjumpa dan membawa lari Mika.
Ruhila juga enggan mengulangi kesilapan yang lalu di mana dia tidak akan menyerahkan semula Mika kepada Juweta. Menurut Ruhila dia sanggup bermusuh dengan Juweta asalkan Mika bersamanya. Kehadiran Ean (Alvin Chong) semalam, turut menjadi perhatian penonton. Penonton berharap Ean akan menolong Juweta dalam perjuangan mendapatkan haknya semula. Ini kerana, Ean juga merupakan mangsa kawan baiknya sendiri iaitu Azlan.
Baca dulu sebelum sign
Di Twitter rata-rata netizen berharap Juweta terus kuat dan bangkit untuk menentang Azlan. Pada masa yang sama, mereka berharap semua individu di negara ini membaca terlebih dahulu sebarang dokumen sebelum tanda tangan.
Sumber: Nad Zainal