
Ahli kumpulan NCT, Winwin disahkan meninggalkan kumpulan itu selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama agensi, SM Entertainment.
Artikel Berkaitan: Anggota NCT Digelar ‘Rich Daddy’ Selepas Berhabis RM3,000 Kepada Peminat Sempena Hari Kekasih
Artikel Berkaitan: Selamba Hisap Rokok Dalam Studio Latihan, Haechan NCT Kena Saman
WinWin tinggalkan NCT

Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan kepada peminat pada Rabu, SM Entertainment memaklumkan kontrak eksklusif bersama WinWin akan berakhir pada 9 Julai 2026 selepas lebih sedekad bekerjasama.
Selepas pertimbangan yang mendalam bersama WinWin, pihak agensi telah memutuskan untuk menamatkan kontrak eksklusif berkuat kuasa 9 Julai 2026.
Oleh itu, WinWin akan menamatkan semua aktiviti bersama NCT.
WinWin atau nama sebenarnya Dong Sicheng mula diperkenalkan sebagai anggota NCT pada 2016 sebelum menyertai subunit berasaskan China, WayV pada 2019.
SM Entertainment turut menzahirkan penghargaan kepada penyanyi itu yang telah bersama syarikat tersebut selama lebih 10 tahun termasuk ketika bergelar pelatih.
Kami berterima kasih kepada WinWin yang telah bersama syarikat selama lebih 10 tahun, termasuk tempoh sebagai pelatih. Kami menyokong masa depannya ketika dia memulakan perjalanan baharu.
Sebelum ini, beberapa anggota NCT turut mengambil haluan berbeza bersama SM Entertainment. Mark Lee menamatkan kontraknya dan meninggalkan kumpulan tersebut pada April lalu, manakala Ten Lee meninggalkan SM Entertainment pada bulan sama tetapi masih meneruskan aktiviti sebagai anggota NCT dan WayV.
Sumber: Korea Joongang Daily







![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)
