berita

‘Wira Sebenar’ – Foto Jururawat Malaysia Frontliner Covid-19 Lengkap PPE Raih Perhatian Mariah Carey

April 8th, 2020 | by faris
Kini Trending

Peranan frontliner seperti doktor, jururawat, petugas kesihatan, polis, tentera serta mereka yang terlibat secara langsung memerangi Covid-19 haruslah diberi setinggi-tinggi penghargaan. Seorang remaja, Asraf Nordin yang berkongsi foto ibu saudaranya yang juga frontliner virus ini menerima kejutan daripada penyanyi pujaannya, Mariah Carey.

Penghargaan buat petugas kesihatan seluruh dunia

Penyanyi My All itu pada mulanya memuat naik status di Twitter mengucapkan penghargaan buat petugas kesihatan seluruh dunia yang bekerja keras menentang Covid-19. Dia juga mengalu-alukan pengikutnya untuk berkongsi gambar untuk sama-sama meraikan mereka yang banyak berjasa ketika ini.

Kongsi foto ibu saudara

Asraf membalas tweet Mariah dengan foto ibu saudaranya, jururawat bersama dua rakan sekerja lengkap dengan pakaian personal protective equipments (PPE) di sebuah hospital.

Digelar wira sebenar

Penyanyi itu kemudian membalas tweet remaja itu dan menggelar ibu saudaranya dan rakan-rakan sebagai wira sebenar (real life heroes). Setakat ini, tweet berkenaan meraih lebih 2 ribu likes dan 327 perkongsian di akaun Twitter Mariah dengan 21 juta pengikut berkenaan.

Sumber: Asraf NordinMariah Carey

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×