berita

Wonder Girls Turun Malaysia, Sabtu Ini!

October 11th, 2012 | by Ai
Hollywood

Untuk kali kedua, Wonder Girls bakal mengadakan konsert mereka, “Wonder World Tour in Malaysia 2012”, yang bertempat di Stadium Negara.

Mula mengadakan siri jelajah konsert semenjak bulan Julai 2012 yang lalu, hanya tinggal 3 hari saja lagi sebelum kumpulan K-Pop sensasi yang kini telah pun bertapak di bumi Amerika Syarikat untuk sampai ke Malaysia. Bagi peminat tegar Wonder Girls, inilah masanya untuk anda dapatkan tiket yang masih dijual.

Bermula dengan harga RM180 untuk tempat duduk Zon D sehinggalah RM520 untuk Zon VVIP, tiket siri jelajah konsert Wonder Girls kali ini boleh dikatakan agak murah dari konsert-konsert K-Pop yang lain. Jelajah ini juga diadakan bertujuan untuk mempromosikan album terbaru mereka berjudul, ‘Wonder Party’.

Bagi yang masih belum dapatkan tiket konsert ini, anda boleh dapatkannya disini. Konsert ini akan bermula seawal jam 7 malam pada Sabtu ini (13 Oktober) bertempat di Stadium Negara.

SKIP THIS AD ×