berita

Work B**ch, Britney Spears Lagi Seksi Berbanding Miley Cyrus?

October 3rd, 2013 | by Ai
Video Popular

Britney-Spears-10

Penyanyi hollywood yang sememangnya terkenal dengan penampilan seksi dan menggoda, Britney Spears baru sahaja melancarkan video klip terbarunya berjudul Work B**ch pada 1 Oktober lalu.

Video yang baru tiga hari dimuat naik di YouTube itu bagaimanapun kini telah berjaya mencapai lebih 5 juta penonton dan 1 juta langganan.

Menerusi respon peminat di laman sosial tersebut, ramai yang menyatakan Britney merupakan ikon penyanyi wanita yang paling seksi dan menggoda berbading Miley Cyrus dan Lady Gaga.

Britney Spears

Aksi ghairah Britney Spears dalam MV Work B**ch

Meskipun sebelum ini Miley Cyrus pernah muncul tanpa seurat benang menerusi video klip terbarunya, Wrecking Ball, akan tetapi penampilan tersebut dilihat masih belum mampu menyaingi aura seksi ratu pop tersebut.

Video berdurasi 3.55 ini banyak menampilkan Britney yang hanya memakai pakaian dalam sambil menari dengan aksi menggoda.

Apa yang menariknya, video klip Work B**ch ini bukan sekadar menyelitkan kereta mewah, Lamborghini, malah kombinasi rentak muzik yang rancak dan perlahan turut dilihat mampu memikat hati setiap pendengarnya.

Ingin lihat sejauh mana penampilan seksi Britney Spears? Jom tonton video klip Work B**ch selepas ini.

SKIP THIS AD ×