Setiap dari kita mesti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman sendiri kan? Tetapi untuk memiliki sebuah kediaman yang menepati citarasa korang, mesti banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Lebih-lebih lagi kalau kita ni baru je bekerja, banyak komitmen kewangan yang perlu dikira. Tapi korang mesti akan terkejut kalau tahu apa yang Gamuda Land tawarkan.
Haa.. buat korang yang mahukan rumah idaman dengan ansuran percuma sehingga 5 tahun, ini lah peluang terbaik! Jom admin share dengan korang!
Gamuda Land High Rise Series tawar ansuran percuma sehingga 5 tahun di rumah idaman!
Ada sesetengah individu dalam perancangan untuk membeli rumah, tetapi dengan harga deposit yang tinggi agak terbatas niat mereka untuk memiliki sebuah kediaman. Oleh kerana itu, Gamuda Land mengambil insiatif untuk membantu mereka yang berminat untuk memiliki rumah dengan kempen Gamuda Land High Rise Series.
Percaya tak yang kempen ini membolehkan korang menikmati kebebasan kewangan? Bukan itu sahaja, korang juga tidak perlu membayar ansuran sehingga 5 tahun*. Betul tu percuma installment! Paling best, Gamuda Land menawarkan RM500 je untuk memiliki sebuah unit idaman*! Wah!!
Selain itu, korang juga akan menikmati yuran guaman SPA secara percuma dan pengeluaran pinjaman*. Tiada caj tambahan yang dikenakan buat korang. Takut lah pulak kalau ansuran free ni, rumah macam mana pulak? Jom admin kongsikan fasiliti yang disediakan disini!
*Tertakluk pada Terma & Syarat
Pelbagai Fasiliti Lengkap Dan Mudah Untuk Korang
Walaupun ansuran free tetapi Gamuda Land High Rise Series ini dilengkapi dengan fasiliti yang menakjubkan di dalam satu kawasan termasuklah kemudahan perbankan!
Untuk pengetahuan korang kawasan perumahan ini mempunyai ciri-ciri yang tenang dan boleh dinikmati bersama keluarga di setiap kawasan tersebut. Ini antara fasiliti yang disediakan:
-
-
- Taman permainan!
Mudah buat korang yang mempunyai anak kecil nanti! Boleh lah luangkan masa bersama dengan mereka. Tak kira lah dewasa atau kanak-kanak semua peringkat umur pun boleh je pergi ke taman mainan untuk beriadah. - Dekat dengan pusat membeli-belah!
Kalau dekat dengan pusat membeli-belah ni menyenangkan korang lah untuk membeli barangan keperluan tak perlu pergi jauh untuk dapatkan keperluan. Dah dekat tu korang jangan shopping sakan pulak! - Restoran berhampiran dengan kawasan perumahan!
Tempat makan pun penting juga kalau ada hari yang malas masak boleh lah kita beli je tak payah susah hati dah. Kalau admin memang cari tempat makan yang berhampiran supaya senang nak isi perut nanti! - Persekitaran yang selamat!
Paling penting untuk kita adalah keselamatan di kawasan perumahan. Jika sistem keselamatan kurang memuaskan bahaya tau! Jadi ini keutamaan yang harus dititikberatkan oleh pembeli supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
- Taman permainan!
-
Antara pilihan High Rise Series yang ada ialah:
Haa.. semua ciri-ciri fasiliti korang dah tahu, jadi mesti nak tahu pulak apa yang ada dalam GL High Rise Series? Yang pasti korang mesti akan suka salah satu unit yang ada di Gamuda Land. Ini GL High Rise Series antaranya:
- Maya Bay Residences @ Gamuda Cove – Lembah Klang Selatan.
- Gaia Residences @ Gamuda Gardens – Sungai Buloh Utara.
- The Amber Residence @ twentyfive.7 – Kota Kemuning, Selangor.
- Jadite Suites @ Jade Hills – Kajang, Selangor.
- HighPark Suites – Petaling Jaya, Selangor.
- The Robertson – Kuala Lumpur.
- D’Suites Residence @ Horizon Hills – Iskandar Puteri, Johor.
- Bukit Bantayan Residence – Kota Kinabalu, Sabah.
Bayangkan korang dapat miliki sebuah rumah idaman di Gamuda Land High Rise Series. Confirm berbaloi dan korang akan berpuas hati dengannya! Menarik kan? Jom pilih unit di Gamuda Land yang korang suka dan terus dapat rumah idaman. Pantas sebelum terlambat!
Kempen Gamuda Land High Rise Series bermula dari 21 April sehingga 31 Julai 2022! Korang boleh terus ke laman web mereka dan daftar sebelum kempen ini tamat! Untuk maklumat lanjut korang boleh klik SINI untuk membeli dan booking rumah idaman di Gamuda Land sekarang! Apa lagi jangan tunggu lama-lama nanti menyesal tak sudah.