Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah. Pantai ni akan bertukar menjadi warna biru bila kawasan mula gelap. Fenomena ini dinamakan air mata biru oleh penduduk setempat.
Korang mesti teruja punyalah apabila dapat mengalami sendiri fenomena ni. Maklum sajalah kalau duduk di ‘kota besi’ ni malam memang terang dengan lampu je. Jom banyak lagi foto yang menarik korang boleh tengok.
Biru seperti lampu neon.
Pertama kali fenomena dirakamkan adalah pada September tahun lalu oleh seorang jurugambar tempatan Albert Song. Kedatangan pelancong ke Pantai Tusan Miri Sarawak pada sebelah malam meningkat.
Bukan hanya boleh dirakam melalui lensa kamera digital tau. Fenomena yang dilihat berlaku di sepanjang pinggir Pantai Miri ini juga boleh dirakam dengan menggunakan kamera biasa mahupun telefon pintar.
Pantai yang sepi kini dibanjiri pengunjung.
“Orang ramai berduyun-duyun datang ke Luak Esplanade menyaksikan sendiri fenomena tersebut yang jarang berlaku di sini dan hanya ditemui di pantai-pantai tertentu seperti Matsu Islands di Taiwan, Vaadhoo di Kepulauan Maldives serta pantai-pantai di Amerika Syarikat, Caribbean, Eropah dan Australia,”
“Ini mungkin kerana perkara tersebut mula-mula terjadi, warna birunya tidak begitu ketara tetapi ketika ini warna biru begitu jelas dan amat cantik sehingga dapat dirakam melalui telefon bimbit.”
“Daripada semua lokasi tersebut, kejadian atau fenomena yang berlaku pada Ahad lalu di Pantai Luak Esplanande paling cantik dan mengagumkan pernah saya lihat.”
Semuanya gara-gara plankton?
Oh! baru tahu rupanya fenomena air mata biru adalah cahaya biru terang terhasil daripada ‘plankton’ yang bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada Galaksi Bima Sakti
Jadi kalau ada kesempatan tu jangan lupa datang ke Pantai Tusan, Miri, Sarawak.
Sumber: Facebook BackPackerz , Borneo Post