Di Seremban, Negeri Sembilan tercetus lagi satu kluster baharu iaitu Kluster Sungai Ibor melibatkan pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP). Memetik laporan Kosmo, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes indeks kluster tersebut juga melibatkan pelajar lelaki berusia 20 tahun dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Januari lalu.
Sejarah perjalanan rentas negeri
Foto hiasan
Difahamkan, pelajar tersebut mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor. Susulan itu, sebanyak 138 saringan telah dijalankan dan 12 kes sahaja yang dikesan daripada kluster itu.
Sementara itu, menerusi laporan Astro Awani, sekumpulan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lipis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.
Pelajar dikuarantinkan
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang iaitu Mohd Zairasyahli Shah Zakaria melaporkan seramai 142 pelajar perempuan telah ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama.
Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif. Ia juga melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala, bilangannya meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.
Setakat pagi ini, terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif COVID-19 dan dihantar ke hospital. Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan di pusat kuarantin.
Stay strong students
Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq turut bersimpati dengan nasib yang ditimpa semua pelajar ekoran peningkatan angka kes positif Covid-19. Sebelum ini, Syed Saddiq menerusi laman Twitter turut meminta para pelajar mengisi maklumat bagi mengumpul suara-suara pelajar dan meminta pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendengarnya.
#SuaraPelajar
Dah ada 18 pelajar positif COVID-19 di Sabah. Menteri Pendidikan tetap akan buka sekolah untuk calon SPM & STPM esok.
Saya perlukan bantuan anda semua untuk mengumpul suara pelajar di Padlet & gesa KPM untuk dengar.
Boleh isi maklumat di https://t.co/xn6bShTjKy#SuaraPelajar
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 19, 2021
Rata-rata pelajar meluahkan kebimbangan sekiranya para guru atau pelajar yang lain tidak mengamalkan SOP seperti mana di sarankan KKM dengan memakai pelitup muka dan praktiskan penjarakan sosial.
Saya bimbang sekiranya guru tidak memakai pelitup muka dan tidak mempraktiskan penjarakan sosial. Malah, guru juga akan mengutip dan menyerahkan material seperti bahan buku kepada pelajar. Secara tidak langsung, perkara tersebut dan perkongsian material lain tanpa disanitasi bakal mengundang kepada penularan wabak.
Sementara itu, ada juga pelajar memohon agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak membatalkan peperiksaan itu. Mereka juga mencadangkan agar peperiksaan dijalankan secara online atau tunda tarikh SPM sekiranya keadaan tidak mengizinkan.
Saya merayu kepada KPM untuk tidak membatalkan SPM. Bulan ini saya sudah meluangkan masa untuk belajar, dan ibu bapa saya juga telah melaburkan banyak untuk yuran pengajian. Sekurangnya jangan dibatalkan tetapi ditunda peperiksaan atau dilakukan secara online saja.
Sumber: Astro Awani, Kosmo, Twitter