berita

Xiaomi Kembali Dengan Telefon Pintar Edisi Premium, Kali Ini Siri Mi 10T Buat Ramai Teruja!

October 7th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Xiaomi

Awal tahun ini, Xiaomi mengejutkan peminatnya dengan upgrade terbesar bagi Siri Mi T yang menampilkan ciri eksklusif seperti kamera 108MP, Snapdragon 865 dan paparan skrin 144Hz pada harga berpatutan.

Bagi Mi 10T Pro kali ini, ia hadir dengan spesifikasi dan keistimewaan yang lebih menarik, tapi paling penting harga yang ditawarkan semestinya mampu milik. Sering kali telefon premium yang menawarkan akses kepada spesifikasi dan ciri mewah  dijual pada harga yang tinggi, namun tidak Xiaomi.

Xiaomi semestinya memahami kehendak korang sebagai peminat teknologi terutamnya yang gemar bermain permainan mudah alih. Jom tengok sikit apa yang menarik dengan Mi 10T Pro ni!

Spesifikasi tinggi untuk permainan mudah alih

Xiaomi

Apa yang menarik dengan Mi 10T Pro ni? Haa.. Kalau korang nak tau kelebihan Mi 10T Pro ni terletak pada spesifikasi yang pastinya memberikan pengalaman baru kepada korang yang gemarkan permainan mudah alih.

Dengan kadar segar semula 144Hz dan skrin LCD Dot Display bersaiz 6.67 inci, korang dapat menikmati pengalaman menggunakan telefon pintar dengan tatalan  yang lancar, dengan satu scroll je korang dah boleh terus ke page terakhir.

Mi 10T Pro ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan peneraju Snapdragon 865 5G, yang pastinya memberikan gamers pengalaman bermain permainan video dengan lancar. Korang juga tak perlu risau dengan penggunaan bateri kerana model ini menyertakan bateri berkapasiti besar 5000mAh serta teknologi pengecasan pantas 33W yang boleh mengecas hingga 100% dalam tempoh 60 minit je!

Reka bentuk memukau dengan kamera yang menawan

Bukan tu je, Mi 10T Pro turut mampu merakam gambar yang memukau, kerana dilengkapi 3 kamera belakang 108mp + 13MP dan 5 MP. Kamera belakang mempunyai sudut lebar 108MP membolehkan korang merakam gambar pemandangan yang cantik.

Xiaomi

Selain itu, 6 mod pendedahan panjang (long exposure modes) membolehkan korang merakam pemandangan malam dengan kualiti paling jelas. Apa yang menarik untuk model ini juga semestinya klon foto, yang membolehkan korang menghasilkan karya kreatif hanya dengan telefon pintar. 

Xiaomi

Manakala rakaman video berganda dengan kualiti 8K membolehkan korang merakam momen indah dengan penuh gaya.

Siri Mi 10T Pro dijual bawah RM 1,999? Biar betul?!

https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/photos/a.242046502666118/1585756181628470/?type=3

Bagi memberi peluang kepada pengguna merasai pengalaman sebenar menggunakan teknologi dengan telefon pintar, Xiaomi menawarkan telefon pintar berkualiti premiumnya Mi 10T Pro pada harga RM 1999 (8 + 256GB) dan bagi model Mi 10T dijual pada harga RM1699 (8 + 128GB).

Mi 10T dan Mi 10T Pro akan tersedia dalam dua warna, Lunar Silver dan Cosmic Black. Manakala, versi warna Aurora Blue dari Mi 10T Pro akan tiba di Malaysia akhir bulan ini. 

Korang boleh dapatkannya bermula 9 Oktober melalui Lazada dan di semua cawangan Mi Store seluruh negara. Di Shopee,
ia dijual mulai 16 Oktober. Tapi untuk model Mi 10T pula ia akan mula dijual di laman atas talian Lazada, Shopee dan di semua cawangan Mi Store akhir bulan ini.

Dapatkan Siri Mi10 T pada sesi roadshow & hadiah menarik menanti korang!

Xiaomi

Kami tau korang tak sabar nak dapatkan Mi 10T Pro ni kan? Korang boleh mendapatkannya pada siri jelajah terbesar Xiaomi pada tarikh berikut dan hadiah menarik menanti korang!

Tempoh promosi Lokasi Hadiah percuma (bagi setiap unit pembelian)
9 – 11 Oktober 2020 LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid 100 pelanggan pertama setiap hari akan menerima sebuah Mi LED TV 4S 55″ percuma, manakala pembeli seterusnya pada hari tersebut akan menerima Mi True Wireless Earphones 2 Basic.
Dari 9 Oktober dan seterusnya* (Penjualan pertama ekslusif)

Lazada 

(Penjualan pertama ekslusif) 

300 pelanggan pertama akan mendapat Mi True Wireless Earphone 2 Basic percuma, dan setiap pelanggan bertuah ke-10 berpeluang memenangi satu unit Mi TV 4S 55“.

Hanya pada 9 Oktober 2020 Gurney Mall, Pulau Pinang 50 pelanggan pertama setiap hari akan mendapat Mi LED TV 4S 55″ percuma, pembeli berikutnya pada hari itu akan menerima Mi True Wireless Earphone 2 Basic.
1 Utama
Paradigm Mall, Johor Bharu

Jadi tunggu apa lagi, mark tarikh korang untuk dapatkan Mi 10T Pro. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik di SINI atau terus ke Facebook dan Instagram Xiaomi Malaysia untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini yang menarik.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×