Anak merupakan anugerah terindah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Namun, dek kerana sudah terlanjur, ada segelintir manusia yang bertuhankan nafsu sanggup membuang bayi tersebut kerana tidak ingin bertanggungjawab di atas apa yang telah mereka lakukan.
Baru-baru ini, pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi telah menyelamatkan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat yang ditemuinya di tepi jalan. Syukur bayi tersebut masih bernyawa dan Azrul telah membawa bayi tersebut pulang untuk diberi pakaian. Difahamkan bayi tersebut telah ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan kesejukan dan kelaparan.
Tali pusat masih berdarah
https://www.instagram.com/p/Bct534gFmwE/?hl=en&taken-by=azrulzaidi
Bawa ke pihak berwajib
https://www.instagram.com/p/Bct-_bcFBKn/?hl=en&taken-by=azrulzaidi
https://www.instagram.com/p/BcukAq2liYO/?hl=en&taken-by=azrulzaidi
Syukur bayi tersebut kini berada dalam keadaan yang sihat selepas menerima rawatan lanjut di hospital. Admin doakan agar bayi tersebut dapat membesar dengan sihat dan dapat menemui keluarga yang baik untuk menjaganya. Tidak dilupakan, terima kasih kepada Azrul kerana telah menyelamatkan bayi tersebut. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi kepada bayi yang tidak berdosa ini.
Sumber: Azrul Zaidi