Kontroversi rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufyan dan Hana Azraa menemui jalan penyelesaian apabila pasangan itu disahkan telah berpisah beberapa bulan lalu. Perkara itu diumumkan sendiri Hana Azraa di laman Instagram untuk mengelakkan kekeliruan umum.
Terbaru, Hana Azraa mendakwa PU Abu dikatakan sudah rujuk dengan bekas isteri pertama, Ain Afini dua minggu selepas mereka bernikah.
Ucapan hari jadi PU Abu kepada anak sulung
Difahamkan, isu mula timbul apabila PU Abu memberikan ucapan hari jadi kepada anak sulungnya hasil perkahwinan bersama Ain Afini. Di ruangan komen, netizen mendakwa PU Abu sengaja mencetuskan kontroversi menerusi kapsyen yang ditulis.
Netizen berpendapat PU Abu tidak seharusnya mengaitkan Mateen, anak keduanya hasil perkahwinan dengan Hana Azraa.
‘Ya depa dua tu masih suami isteri’ – Hana Azraa
Kalau masih ada yang tidak berpuas hati, mohon minta kedua dua belah pihak jelas kan perkara sebenar. Jangan diam kan diri. Mereka orang beragama. Lebih tahu tentang agama. Jangan birkan pintu fitnah terbuka berleluasa. Mereka patut kemukakan kebenaran. Bukan dengan berdiam diri & twist twist macam tak ada apa berlaku.
Netizen tak tahu hal yang sebenar benar nya yang mereka berdua dah rujuk kembali since dua minggu selepas kami bernikah. Itu sahaja. Kan benda baik. Buat apa sorok. Kan hampa berdua suami isteri. Semoga hampa berdua bahagia sampai syurga. I doakan kebaikan buat keluarga kecil hampa nah.
Terpaksa ‘buka’ semua perkara
Dakwa Hana, pasangan tersebut seharusnya menjelaskan perkara sebenar dan tidak membiarkan pintu fitnah terbuka. Dia juga tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan peserta program dakwah realiti tersebut.
Birthday anak pun jadi isu, tak tahu nak kata apa – Ain Afini
Sementara itu, Ain Afini ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaaan tersebut hanya menjawab ringkas, hari jadi anak tidak sepatutnya dijadikan isu. Dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen.
Sumber : Hana Azraa, Ain Afini, Abu Sufyan Mokhtar