berita

Ya, Saya Sudah Bernikah – Bront Palarae

September 6th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Bront-Palarae

Akhirnya, selepas bermain teka-teki terhadap media dan peminat, pelakon popular ini menerusi kenyataannya kepada Yahoo Malaysia mengaku bahawa dia telah melangsungkan majlis pernikahan pada 31 Ogos lepas.

Tidak dapat dipastikan apakah sebab Bront ingin merahsiakan perkahwinannya, nampaknya kali ini dia terpaksa mengalah walaupun selepas berdolak-dalik dan menafikan khabar angin pernikahannya menerusi sebuah portal hiburan tempatan, Gua, beberapa hari lepas.

“Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja.”

Pelakon yang sedang hangat dengan filem terbarunya, Psiko Pencuri Hati ini juga menjelaskan bahawa antara faktor utama dia merahsiakan berita gembira ini adalah kerana ingin menjaga hati kedua belah keluarga.

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami.”

Sudah bergelar suami, Bront dalam laporan yang sama turut meluahkan rasa gembiranya kerana akhirnya dia sudah berumahtangga.

“Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran.”

Bagaimana pun, pelakon ini masih merahsiakan identiti isterinya dan hanya mendedahkan isterinya adalah seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan yang terletak di ibukota. Mereka sebelum ini pernah bercinta selama 4 tahun sebelum berpisah.

Apa pun, tahniah diucapkan pada Bront Palarae. Semoga berbahagia bersama isteri tercinta.

SKIP THIS AD ×