berita

Yana Mohon Maaf Kenduri Kahwin Makanan Tak Cukup

February 26th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Majlis-Resepsi-Yana-Samsudin-24

Perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari boleh juga Mek katakan antara majlis perkahwinan yang dinanti oleh seluruh peminat industri hiburan tanah air.

Mana taknya, Yana boleh dikatakan antara selebriti popular abad ini. Hihi. Tapi, Mek dengar ada perkara yang tak berapa best terjadi ketika majlis resepsi yang berlangsung di Yong Peng.

Yana Minta Maaf

Majlis-Resepsi-Yana-Samsudin-3

Menerusi laporan mStar Online, Yana sendiri telah mengakui dan memohon maaf diatas kejadian yang tak dijangka itu.

Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi. Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

Tetamu Rempuh Tempat Duduk VVIP

Majlis-Resepsi-Yana-Samsudin-23

Kami menyediakan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi ia tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP. Ketika itu memang keadaan sudah tidak dapat dikawal

Hmm, tak apalah Yana. Yang penting semuanya telah selamat. Yana dan Fadzil pun bukan main bahagia Mek tengok sekarang.

Cepat-cepat timang anak pula lepas ini ya!

SKIP THIS AD ×