Semalam, kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila mengesahkan dia bakal bercerai dengan suami, Engku Emran dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Terkejut Dengan Seloroh Mak Tiri, Sharnaaz Ahmad Setuju Nabila Tapis Dulu – ‘Kena La Tengok Siapa Nak Jaga Jebat’
Artikel Berkaitan: Padam Gambar Kahwin, Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?
Artikel Berkaitan: Teka Teki Terjawab, Noor Nabila & Engku Emran Bakal Bercerai
Cari kebahagiaan sendiri
Terbaru, Engku Emran dilihat memuat naik luahan hati di Instagram (IG) pada malam Jumaat. Kata Emran, kehancuran dalam perkahwinan kali ketiga bukan tanda kegagalan sebaliknya itu adalah takdir yang sudah tertulis oleh Allah SWT.
Kami berdua telah mengharungi tiga perkahwinan, kami tahu apa yang kami mahukan dalam hidup. Namun kami terpaksa mencari kebahagiaan sendiri.
Perkahwinan sangat mencabar… yang pernah berkahwin akan tahu. Yang mana belum berkahwin jangan sembang kuat sangat.
Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukanlah satu kegagalan. Semuanya sudah tertulis dan kami terpaksa akur.
Justeru, Emran atau nama sebenarnya Engku Emran Engku Zainal Abidin menyelar tindakan segelintir netizen yang laju meninggalkan komen dan pandangan terhadap rumah tangga mereka.
Saya terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah dari tidak terkawal.
Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal.
Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti.. jangan keluarkan kata-kata atau hasilkan cerita macam kita tiada agama.
Jangan tambah kesakitan
Dalam pada itu, bapa kepada Engku Aleesya turut memohon kepada orang ramai untuk menghormati serta menjaga hati kedua belah pihak keluarga.
Katanya lagi, dia dan Nabila akur dan reda dengan perpisahan yang bakal berlaku tidak lama lagi.
Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga, mak dan ayah. Jangan menambah kesakitan mereka.
Kami tidak pernah menganggu hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda.
Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.
Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram