Pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud sebelum ini dilanda kontroversi mengenai isu hutang pelakon-pelakon teater dibawah produksinya. Dalam usaha menyelesaikan isu ini, dia kembali aktif dalam dunia perniagaan atau review produk melalui medium sosial media.
Terbaru, Ogy telah terima satu kritikan yang tidak sepatutnya. Malah, kritikan dari netizen itu dikaitkan dengan isu hutang pelakon dan sifat Ogy yang dianggap hipokrit.
‘Mulut puaka kaya tak apa’
Ogy Ahmad Daud memuatnaik status kritikan netizen berkenaan di Instagram. Kritikan tersebut menyifatkan pelakon itu terpaksa berpura-pura baik di media sosial, namun, hakikat sebenar mulutnya paling lantang bersuara. Malah, kritikan tersebut turut dikaitkan dengan isu hutang pelakon-pelakon teater yang belum dilunaskannya itu.
Tidak salah disisi agama
Tidak hanya mendiamkan diri, Ogy turut memberi respon terhadap kritikan tersebut. Dia mengakui buat masa ini dia aktif berniaga untuk segera melangsaikan hutang para pelakon teater di bawah produksinya itu. Bukan hanya itu sahaja, Ogy turut menasihati agar netizen tidak mudah bersangka buruk terhadapa tindakannya dan hentikan kecaman sekiranya tidak tahu perkara sebenar.
‘Seharusnya akak insaf’
Tambahan, pelakon wanita ini turut aktif dilihat memberi respon kepada komen-komen netizen dalam posting tersebut. Ogy Ahmad Daud menyifatkan kritikan sedemikian adalah biadap dan tidak wajar.
Selain itu, ada juga netizen yang masih mengungkit mengenai isu hutang pelakon yang dihadapi Ogy. Malah, netizen juga menasihati pelakon ini untuk tidak sombong dengan kata-kata. Malah, netizen menasihati agar Ogy insaf dengan perbuatan yang dilakukannya sebelum ini.
Baik jangan campur
Ternyata kelihatan seolah netizen tidak putus-putus melontarkan kritikan terhadap situasi yang dialami Ogy. Pelakon veteran ini juga menasihati orang ramai untuk tidak mudah mengeluarkan kenyataan sekiranya tidak tahu hal sebenar.
Sumber: Ogy Ahmad Daud