Semalam, pihak mahkamah telah mengesahkan bahawa lafaz cerai PU Abu yang di buat menerusi aplikasi WhatsApp kepada isterinya, Ain Afini adalah tidak sah. Dalam prosiding tersebut, PU Abu menyatakan dia tiada niat untuk menceraikan isterinya dan telah bersumpah bahawa semua itu adalah benar.
Namun, menerusi satu kenyataan di Instagram Ain Afini, dia seolah-olah menyindir PU Abu bahawa setiap rahsia akan terbongkar dengan izin Allah.
‘Yang cuba disimpul akan terurai’
Kata-kata seakan sindiran tersebut di muat naik di Instastorynya yang bermaksud seperti ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh PU Abu disebalik pengakuannya yang tiada niat untuk menceraikan isterinya itu. Dia juga menyatakan bahawa setiap perkara yang cuba dirahsiakan akan terbongkar satu hari nanti.
Tambahnya lagi, orang yang bersumpah akan memakan dirinya sendiri seakan memerli tindakan PU Abu yang sanggup bersumpah di hadapan hakim. Ain Afni juga menegaskan bahawa Tuhan itu maha adil.
Sebelum ini, PU Abu mengakui yang dia masih ada perasaan sayang terhadap wanita itu dan akan bertanggungjawab terhadap anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Dia turut memohon maaf terhadap Ain Afni dan keluarga mertua.
Namun, menerusi laporan Mstar hari ini telah melaporkan bahawa penceraian mereka telah sah talak 2 setelah mereka berpatah balik mengemukakan bukti kukuh yang lain kepada pihak hakim.
Sumber: Ainafini