berita

‘Yang Ditakuti Terjadi’ – Liza Hanim & Lima Anak Positif Covid-19

December 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ iaitu Liza Hanim disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya di Klang, Selangor.

Semoga kami kuat

Bismillahirrahmanirrahim. Yang ditakuti terjadi. I am part of the statistics now. Akak mohon doakan akak, mak akak, dan kelima lima anak akak kembali pulih dari Covid 19. Alhamdulillah, kami dipilih menerima ujian Allah. Semoga kami kuat. Terima kasih korang.

Di Instagram, Liza Hanim memberitahu bahawa dia dan keluarga disahkan positif Covid-19. Sebagai manusia biasa, mereka menerima ujian Allah ini dengan hati yang tabah. Di samping itu, Liza Hanim turut memohon doa daripada semua pihak agar mereka sekeluarga kembali sihat seperti biasa.

Semoga cepat sembuh

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memberi kata-kata positif buat Liza Hanim. Antara rakan artis yang memberi semangat buat Liza Hanim ialah, Misha Omar, Shila Amzah, Khai Bahar, Dayang Nurfaizah, Nora Ariffin, Syura Badron dan ramai lagi. Mereka mendoakan Liza Hanim segera sembuh dan sentiasa kuat untuk melalui ujian ini.

Sumber: Liza Hanim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×