berita

Yang Jelik Di Sebalik #ASK2014

November 8th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Anugerah Skrin 2014-99

Selamat Hari Sabtu! Korang tengok tak Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) di TV3 malam tadi? Mungkin ada yang tak menontonnya di kaca televisyen, tapi tengok secara langsung di Dewan Perdana, PWTC macam team OHBULAN!

Tahniah diucapkan kepada produksi yang menjayakan majlis penghargaan untuk industri lakon layar dan juga kepada semua pemenang. Sekali imbas, #ASK2014 berlangsung dengan cukup meriah dan keputusan kemenangan sukar dijangka.

Tapi di sebalik keseronokan yang ditayangkan, rupa-rupanya ada juga yang jelik dan tak berpuas hati. Biasalah tu kan? Tak semua orang positif dengan sesuatu benda.

1. Kemenangan Puteri Balqis Tak Disukai Pelakon Lain?

Screen Shot 2014-11-08 at 13.11.46

Kami dah sangka pelakon cilik yang sangat berbakat, Puteri Balqis akan dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama walaupun bersaing dengan pelakon senior seperti Nad Zainal, Normah Damanhuri, Nursyafiqa Mohd Haris, dan Melly Amalin. Tapi entah macam mana menerusi akaun Instagram @zubirmy15, sepotong ayat ‘To actress perasan diva & terlajak popular out there, u better get a life!’ menarik perhatian kami. Adakah kemenangan Balqis telah menyebabkan segelintir pelakon senior tak puas hati? Atau mungkin sebenarnya kejayaan Balqis sebagai peringatan kepada pelakon-pelakon diva tak berdisiplin yang pandai berlagak sahaja tapi seketul anugerah pun tak pernah dapat. Ooppss!

2. Pereka Fesyen Sakit Hati Artis Wanita Tak Pakai Baju Disediakan

Screen Shot 2014-11-08 at 14.19.47

Haa yang ni dah biasa dengar. Bukan sekali dua perkara macam ni jadi, tapi dah banyak kali. Untuk #ASK2014 malam tadi, pereka fesyen Ezuwan Ismail pula bengang dan kecewa sangat dengan seorang artis wanita yang secara tiba-tiba membuat keputusan untuk tidak memakai baju rekaan Ezuwan itu tetapi memilih busana dari designer lain pula. Menurut Ezuwan, baju berwarna pink itu telah direka atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Agak-agaknya siapa empunya badan dalam gambar di atas ya?

Screen Shot 2014-11-08 at 14.20.06

3. Apabila Lagu Cindai Nyanyian Stacy Jadi Cib**

Memang sesuatu yang lain bila Stacy membuat keputusan untuk menyampaikan lagu irama Malaysia pada malam ASK2014. Tapi apa yang tak seronok, penulis lirik lagu Cindai itu, iaitu Hairul Anuar Harun menulis di laman Facebook miliknya, ‘Hahaha… cindai dah jadi cib**… lirik ikut sedap mulut kau je… lantak korang la…”

Anugerah Skrin 2014-59

Screen Shot 2014-11-08 at 13.41.51

Kami pun nak komen sikit la tentang keseluruhan majlis, secara jujurnya ASK 2014 cuma nampak meriah dengan persembahan-persembahan artis sahaja. Paling best sewaktu persembahan teater oleh Nora Danish, Izreen Azminda, Nur Fathia dan team Erma Fatima yang memang sinikal dan makan dalam.

Tapi secara peribadi, kami suka persembahan teater muzikal oleh Emelda Rosemila, Ebby Yus dan Achey Bocey yang menyanyi lagu Let It Go  versi zaman hang tuah. Memang win! Sayangnya, Fahrin Ahmad selaku host dan co-hosts yang lain juga nampak ‘lemau’ je dan tak menarik hati. Mungkin next time boleh improve lagi.

Apapun, jom kita dengar video persembahan Stacy yang menyanyikan lagu Cindai di bawah ni. Tengok sikit ada bunyi macam cib** tak. Hehe!

Cindai by Stacy #ask2014 . Dengar macam cib*** ke?

A video posted by OHBULAN! Official Fan (@ohbulanofficial) on

Let It Go versi Cannot Go. Win! #ask2014

A video posted by OHBULAN! Official Fan (@ohbulanofficial) on

SKIP THIS AD ×