berita

‘Yang Pasti Akan Ke Liang Lahad’ – Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa Raziah Isu Tak Pakai Tudung Tapi 3 Kali Pergi Mekah

May 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Facebook, pendakwah bebas, ustazah Asmak Husin memberi teguran buat Ifa Raziah berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi berkenaan berhubung isu tudung dan Makkah baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali ..’ – Digelar Jahil, Netizen Takut Dengar Ifa Raziah Berhujah

Berdosa meninggalkan suruhan Allah

Menurut ustazah Asmak, bertudung itu wajib bagi setiap wanita dan hukumnya berdosa sekiranya meninggalkan suruhan Allah.

Pandangan saya, menutup aurat itu wajib, tidak kisah dijemput ke Mekah atau pun tidak. Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Mekah. Menjadi tetamu Mekah untuk mendapatkan Haji/Umrah mabru bukan untuk dibanggakan. Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat.

Menerusi posting yang dimuat naik juga, ustazah Asmak menyentuh mengenai istidraj. Ujar ustazah, istidraj bermaksud kurniaan yang Allah berikan tanpa putus kepada seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba Allah yang taat.

Kadang-kadang nikmat itu sedang menghancurkan pahala kebaikan kita.

Semua akan ke liang lahad

Di akhir posting, ustazah Asmak memberi kesimpulan bahawa setiap individu perlu berusaha mengikuti segala suruhan Allah kerana kita semua belum tentu dapat ke Mekah. Ujarnya lagi, yang pasti kita semua akan ke liang lahad.

Hijab bukan melambangkan tinggi iman tetapi itu simbol ketaatan hamba kepada tuhannya. Saudara kita di India, Myanmar, dan lain-lain disekat pemakaian hijab mereka tetapi mereka tetap berjuang untuk berhijab. Sedangkan kita? Tepuk dada tanya iman.

Ustazah Asmak turut berdoa agar setiap muslimat diberi kefahaman jelas dalam beragama, istiqamah, dan terasa ringan melaksanakan perintah Allah.

Sumber: Ustazah Asmak Husin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×