berita

‘Yang Penting Niat Dia Nak Bagi, Tak Kisahlah Berapa Banyak Dalam Tu’ – Michael Ang

April 16th, 2024 | by Alia
Kini Trending

michael 1

Baru-baru ini, isu tentang duit raya mendapat perhatian di media sosial berikutan ada ibu bapa yang memperlekehkan jumlah wang yang diberi sangat sedikit.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Respon Isu Duit Raya – ‘Apa Kau Ingat Nafkah Ke?’

Artikel Berkaitan: Michael Ang Selar Individu Rakam Orang Tak Boikot – ‘Niat Murni Dah Jadikan Kau Macam Isr***’

Didikan ibu bapa

michael

Isu tersebut mendapat perhatian pengarah terkenal, Michael Ang yang meluahkan pendapatnya menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Michael berkongsi tentang zaman kanak-kanaknya dan didikan ibu tentang adab menerima ang pow.

Saja nak bercerita la zaman kita budak-budak. Ibu saya selalu cakap, jangan berani buka ang pow yang siapa-siapa bagi di depan mereka. Nak buka bila sampai rumah.

Kalau tak mak saya akan lepuk atau cubit dekat situ juga.

Sementara itu, Michael sempat mengimbas kembali kenangan bersama neneknya yang diingati sehingga hari ini.

Seingat saya, saya pernah terima serendah 80 sen hingga 5k zaman kanak-kanak. Tapi yang 80 sen tu yang paling best sebab itu daripada nenek saya. 80 sen tu tak berubah daripada kecil sampailah 20 tahun, apabila dia meninggal dunia.

Saya rindu ang pow 80 sen, sebab dia berbunyi kling!kling!

Dalam masa yang sama, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu menitipkan nasihat agar setiap individu menerapkan rasa syukur dengan pemberian orang lain.

Guys, duit raya atau ang pow kalau orang bagi kita, kita ambil. Kalau orang tak bagi jangan minta.

Yang penting niat dia nak bagi, tak kisah la berapa banyak dalam tu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Michael malah mereka lebih suka dengan didikan ibu bapa pada zaman dahulu kerana bersikap tegas.

Sumber: IG Michael Ang

SKIP THIS AD ×