berita

‘Yang Saya Tahu, Itu Bukan Saya’ – Zed Zaidi Respon Foto Bogel Miripnya

April 1st, 2020 | by faris
Isu & Kontroversi

Ketika isu bantuan untuk anak seni dibangkitkan oleh presiden Seniman, Zed Zaidi, satu lagi isu panas turut terpalit sama. Satu gambar bogel mirip pelakon drama Sembilu itu tersebar di laman sosial. Zed kemudian menjawab isu gambar yang viral berkenaan.

Tindakan hackers

Menurut Zed kepada Harian Metro, dia menafikan foto tersebut adalah dirinya. Terangnya lagi, foto tersebut adalah didalangi hackers dan dia menganggap perkara itu adalah liku yang perlu dilalui sebagai anak seni.

Yang saya tahu, itu bukan saya. Mereka boleh buat apa saja kerana mereka adalah penggodam atau ‘hackers’. Saya sudah bersiap sedia sejak sekian lama dan saya anggap ini sebagai cabaran dalam perjuangan saya untuk industri dan anak seni.

Dalam masa sekarang, apa saja yang kita cakap, orang takkan dengar. Kalau saya cakap itu bukan saya pun, orang takkan percaya.

Bukan benda baru

Menurut bekas Hero Remaja 2001 itu, perkara sedemikian bukanlah asing buatnya sejak menjadi artis termasuk berdepan dengan ugutan dan kecaman. Hal sebegitu katanya hadir untuk penambahbaikan diri.

Pada saya, ini bukan perkara baru kerana sejak awal pembabitan saya dalam industri hiburan, sudah ramai orang yang mengecam bahkan ada yang mengugut.

Itu semua adalah untuk kita menambahbaik diri kita. Kalau semua orang terlalu memuji, itu sudah membodek.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.