berita

Yatt Hamzah Minta Tempoh Sebulan Tangguh Perceraian

March 12th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-12 at 3.03.22 PM

Kecoh seketika dengan berita kononnya selebriti cantik manis, Yatt Hamzah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib.

Namun, menerusi laporan mStar Online hari ini, Yatt dikatakan telah membuat permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah untuk menangguhkan sebutan kes tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya.

Minta Tempoh Sebulan Untuk Berbincang

Screen Shot 2015-03-12 at 2.55.36 PM

Menurut peguamnya, Yatt membuat permohonan itu selepas menyatakan dia ingin menyelesaikan masalah rumah tangga secara baik dan meminta tempoh sebulan untuk berbincang.

Katanya lagi, Yatt dan suami yakin dengan adanya perbincangan secara mendalam ia dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun.

Suami Sambut Baik Permohonan Yatt

Screen Shot 2015-03-12 at 2.54.30 PM

Dalam sebutan kes tersebut, Yatt tidak menghadirkan diri. Bagaimanapun, suaminya bersetuju dengan permohonan tersebut.

Untuk pengetahuan, kes berkenaan akan disebut semula pada 20 April depan.

SKIP THIS AD ×