Dunia hiburan selalu disinonimkan dengan dunia penuh glamor dan pelbagai keindahan bergelar selebriti yang mungkin tidak dikecapi insan biasa. Namun, tidak ramai yang tahu sisi gelap atau realiti industri ini. Pelakon Izara Aishah menceritakan pengalaman ngerinya ketika menjalani penggambaran drama bersiri Ombak Rindu.
Lebam betul bukan mekap
Izara menceritakan pengalamannya ketika menjalani penggambaran drama tersebut di Twitternya sebentar tadi. Tidak menjelaskan lanjut ‘sesuatu’ yang terjadi ketika itu, akibat dari insiden berkenaan, wajahnya jelas kelihatan lebam di bahagian mata kiri.
Untuk meneruskan penggambaran, pihak produksi menyembunyikan kesan lebam dengan mekap menjadikan wajah pelakon Vanilla Coklat ini kelihatan pelik. Tambahnya lagi, menjalani penggambaran di Malaysia ini, segalanya perlu diteruskan melainkan membabitkan kematian diikuti emoji ketawa.
Dijaga baik pihak produksi
Bukan sebab Remy
Digandingkan dengan hero idaman Malaya, Remy Ishak sebagai teraju utama, ada yang menyangka Remy sebagai ‘dalang’ kecederaan dialami Izara. Ini kerana dalam jalan cerita asal, watak dipegang Hariz merupakan seorang panas baran terhadap isterinya.
Namun, telahan itu dinafikan Izara setelah ditanya salah seorang pengikutnya di Twitter.
Sumber: Izara Aishah