Pelakon dan penyanyi, Lufya memberi respons terhadap video viral seorang wanita memukul anaknya dengan menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju ketika sedang makan.
Artikel berkaitan: Video Wanita Pukul Kanak-Kanak Guna Batang Penyapu Undang Amarah #JusticeForAlia
Artikel berkaitan: Viral Kanak-Kanak 4 Tahun Diseksa Sebab Enggan Makan Nasi, Suami Isteri Ditahan Polis
Kenapa perlakukan macam haiwan?
Menerusi respons yang ditulis oleh Lufya, dia dipercayai mengenali suspek wanita tersebut. Menurut Lufya, dia tidak menyangka wanita itu tergamak mendera anak angkatnya seperti haiwan.
Kenapa you buat macam ni dekat anak angkat u. U nak sangat anak, tapi bila dapat anak u perlakukan macam haiwan. Kita ibu sanggup menggadaikan nyawa, harta, masa demi menjaga amanah Allah. Walau budak tu anak angkat itu satu rezeki besar buat u.
Tambah Lufya, dia berharap suspek diberi hidayah dan petunjuk selepas ini. Sebagai ibu, Lufya turut berharap suspek mempunyai rasa belas kasihan terhadap anak yang tidak berdosa itu.
Selain Lufya, beberapa rakan artis seperti Vicha turut meluahkan rasa geram dan terkejut melihat video viral tersebut.
Sumber: Lufya