berita

‘You Need To Educate Yourself!’ – Alicia Amin Kesal Kenyataan Bekas Miss Universe Malaysia

June 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Model dan pelakon Alicia Amin meluahkan perasaan kecewa terhadap bekas Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James ekoran sebuah kenyataan berkaitan bantahan kempen Black Lives Matter di Amerika Syarikat.

Di Twitter, Alicia turut mengaku bahawa dia gagal menjadi rakan yang baik kepada Samantha dan tidak dapat mencegah perbuatan sahabatnya itu.

Stand down, rethink & re-educate yourself

Menurut Alicia, beberapa tahun sebelum ini Samantha ada menyuarakan pandangan yang bertentangan berhubung satu isu, dan perkara tersebut membuatkan mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Namun begitu, sebagai sahabat, apabila Samantha bercakap sesuatu yang pelik dan tidak tepat,  dia akan menjadi lebih bertoleransi.

Ketika dia berbicara tentang isu anti vaksin, saya hanya mendengar. Walaupun tak bersetuju, saya tidak membantah. Saya rasa kalaulah saya katakan sesuatu pada waktu itu, saya boleh mengubah fikiran atau perspektifnya. Sekarang saya sedang melihat seseorang yang saya rapat menyatakan pandangan secara publik. Ada bahagiannya yang saya rasakan saya gagal menjadi kawan yang baik kepadanya.

She had a very tough life

Tambah Alicia lagi, Samantha sedang melalui fasa penyembuhan diri secara spiritual. Justeru, dia menasihati masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan segera menasihati individu sekeliling sebelum terlambat.

Instagram buang ‘Verified Badge’

Terbaru, Instagram bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James sudah tidak mempunyai logo ‘verified badge’ lagi. Hal tersebut didakwa berlaku apabila namanya mencuri perhatian seluruh dunia gara-gara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Buat pengetahuan korang ‘Verified badge’ merupakan logo berwarna biru yang diletakkan pada hujung nama pemilik akaun Instagram. Logo tersebut merupakan satu bentuk pengesahan identiti buat figura umum, selebriti, individu berpengaruh dan jenama.

Sumber: Alicia Amin & Samantha Kayty

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×