berita

YouTube Lancarkan Saluran Khas Ramadhan & Raya

July 9th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

YouTube Ramadhan launch - PC_1600x1144

Nampaknya semakin dekat menjelang bulan Ramadhan dan Syawal, makin banyak pula program TV dan laman sosial yang muncul untuk menepati citarasa orang ramai di bulan mulia ini.

Terkini, laman YouTube juga tidak ketinggalan untuk melancarkan saluran khas yang menayangkan pelbagai program istimewa menerusi perkongsian video.

Saluran yang ditaja oleh Nestle itu menjadi satu destinasi untuk rakyat Malaysia menikmati kandungan bersiri kegemaran mereka dan menerokai video-video baru.

Bagi menjadikannya sebuah realiti, pencipta kandungan tempatan seperti Animonsta Studios, Astro, Homegrown Productions, Trymasak dan Suria Records menyumbangkan kandungan melalui lapan saluran YouTube yang terdiri daripada hiburan, masakan, animasi, muzik dan drama dengan 280 buah video unik.

YouTube Ramadhan channel launch_PC_1600x1065

Menurut Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan, saluran istimewa ini memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengakses kandungan bersiri dengan lebih mudah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kami berharap saluran Ramadhan YouTube bakal menjadi wadah kepada kandungan tempatan berkualiti yang bermanfaat dan memaparkan kepelbagaian Malaysia di bulan Ramadhan.

Jadi bagi anda yang ingin mencari resepi untuk berbuka puasa ataupun terlepas menonton drama kegemaran anda di Astro, bolehlah layari YouTube Ramadhan untuk memudahkan pencarian anda.

SKIP THIS AD ×