Menerusi laporan rakan media di Gua.com hari ini, Yunalis Zarai atau lebih mesra dipanggil Yuna telah mengaku hubungannya dengan pengacara dan pelakon Qushairi Razali atau Qi kini tidak seperti dahulu. Buat masa ini Yuna dan Qi membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada karier masing-masing.
Yuna juga mengaku hubungannya dengan Qi telah pun berakhir. Keputusan tersebut dibuat berikutan kesukaran yang dialami oleh pasangan ini kerana mereka terpaksa bercinta dengan jarak jauh dalam jangka masa yang lama. Namun begitu, Yuna masih lagi berkawan baik dengan Qi dan mereka saling memahami dan menghormati kemahuan masing-masing.
Menurut Yuna lagi, dirinya merasa sukar untuk meneruskan hubungan dengan Qi sejak akhir-akhir ini kerana mereka mengalami kesulitan untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekarang ini Yuna meletakkan stausnya sebagai “Single but not availble.”
Buat masa ini Yuna ingin tumpukan sepenuh perhatian pada kerjayanya dan tidak mahu memikirkan soal cinta. Penyanyi ini turut berpesan kepada peminat agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Qi.
Minggu lalu pihak OHBULAN! ada mengeluarkan laporan yang Qi sememangnya jarang berjumpa dengan Yuna. Meskipun begitu, Qi turut menyimpan hasrat untuk mendirikan rumahtangga bersama penyanyi tersebut. Nampaknya hasrat tersebut kini tinggal harapan.
Betul kata orang tua-tua, kita hanya merancang tetapi TUHAN yang menentukan.