Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai dakwaan anaknya, Syamsul Yusof yang dikatakan sudah pun memfailkan penceraian terhadap isteri, Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: Didakwa Tidak Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Perceraian Terhadap Ira Kazar?
Dah lama tak berhubung
Ketika dihubungi OhBulan!, Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam berkata dia enggan mengulas memandangkan dia sudah lama tidak berhubung dengan anak keduanya itu.
Saya tak boleh beri sebarang komen sebab saya tak tahu-menahu mengenai hal ini.
Kita (Yusof dan isteri) dah terputus hubungan dengan dia pun dah berapa lama dah.
Dia pun lama tak balik jadi kami tak tahu (mengenai hal itu).
Saya dan isteri memang tak boleh beri komen apa-apa pun.
Terdahulu, pengarah terkenal Syamsul Yusof didakwa memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.