berita

Zahid AF Troll Selebriti Buat Instagram Anak

November 11th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-11-11 at 12.46.28 PM

Beruntung betul jadi anak selebriti. Kecil-kecil dah ada akaun Instagram. Masa kami kecil dulu, mana ada media sosial sehebat ini. Terpaksalah mak ayah tangkap gambar kemudian hantar ke kedai untuk dicuci. Haha.

Tapi, zaman sekarang ni, baru je lahir terus ada Instagram, siap ada beribu-ribu pengikut tau! Maka, di situlah juga menjadi tempat mereka merakam aksi comel anak masing-masing untuk tatapan peminat.

Tapi apa yang kami nak kongsi mengenai anak Zahid AF yang baru lahir minggu lalu ini memang lucu! Ada ke patut Zahid troll akaun Instagram anak selebriti bagi pihak anaknya.

Screen Shot 2014-11-11 at 11.57.28 AM

Melalui sebuah foto yang di muat naik, Zahid meletakkan kapsyen seolah-olah anaknya itu tak buat Instagram kerana bimbang mak ayah tahu password.

Memang lucu tau tak! Dengan wajah baby yang comel itu, makin ceria hari kami dibuatnya. Tiba-tiba kami terbayangkan, apa agaknya yang ada dalam fikiran si comel ini sebenarnya ya.

Apapun, tak kisahlah buat akaun Instagram anak atau tidak, akaun bank simpanan jangan lupa pula. Demi masa depan yang terjamin dan sempurna. Eh?!

SKIP THIS AD ×