berita

Zahid Teruja Berpuasa Bersama Isteri

July 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

6112013_zahidresepsi9-a

Memang menjadi lumrah pasangan yang baru berkahwin akan berasa teruja menyambut Ramadhan dan Aidilfitri bersama pasangan masing-masing.

Bagi penyampai radio Era FM, Zahid, pastinya Ramadhan tahun ini lebih istimewa kerana dapat menikmati juadah bersahur dan berbuka bersama isteri tercinta.

Tambah seronok lagi apabila isterinya, Sarah Julifa menyediakan sendiri makanan untuk mereka bersahur di hari pertama berpuasa. Perkara ini telah dikongsikan oleh Zahid di laman Twitter miliknya.

Screen Shot 2013-07-10 at 11.59.01

Semestinya Hari Raya yang bakal tiba nanti menjadi lebih bermakna buat pasangan pengantin baru ini. Kalau tahun-tahun sebelumnya beraya solo, tahun ini ada teman untuk dibawa beraya bersama.

Selain daripada Zahid, ramai juga selebriti lain yang baru melangsungkan perkahwinan tahun ini. Antaranya seperti Liyana Jasmay, Izzue Islam, Amar Asyraf, Linda Hashim dan Beego, Pierre Andre dan ramai lagi.

Dan disebabkan melihat foto makanan tidak digalakkan sekarang ini, jom tengok dulu gambar terbaru Zahid dan isteri selepas berkahwin. Nampak comel mereka berdua ni kan?

Kredit foto: Instagram Sarah Julifa

SKIP THIS AD ×