berita

Zahirah MacWilson Alami ‘Morning Sickness’ Teruk, Hilang Selera Makan & Kerap Pening Kepala

February 11th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon jelita Zahirah MacWilson mendedahkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk sepanjang awal kehamilan anak kedua.

Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Masuk Trimester Kedua, Baru Ada Selera Nak Makan Nasi

Kehamilan semakin baik

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Zahirah atau nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson menjawab soalan pengikutnya yang ingin tahu pengalaman sepanjang tempoh kehamilan anak kedua.

Menurut Zahirah, dia berdepan dengan ‘morning sickness’ yang teruk ketika trimester pertama.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 29 tahun itu juga mendedahkan dia mengalami pening kepala serta hilang selera makan.

Kehamilan saya semakin baik, Alhamdulillah. Trimester pertama sangat teruk, saya mengalami morning sickness sepanjang hari.

Saya tak lalu nak makan, saya pening-pening kepala dan nasib baik lepas trimester dua dah okay sikit.

Tambah Zahirah lagi, trimesternya kedua lebih mudah dan kini keadaannya semakin baik.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memberitahu akan mendedahkan jantina bayinya tidak lama lagi.

Jadi trimester kedua lebih mudah dan sekarang saya okay tetapi saya akan mendedahkan jantina tidak lama lagi.

Untuk info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Mereka kemudian dikurniakan anak lelaki bernama Issac Raees yang berusia tiga tahun dan kini Zahirah sedang hamil anak kedua.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×