Baru-baru ini, pelakon Aiman Hakim dan juga isterinya Zahirah MacWilson berkongsi satu berita gembira di mana mereka bakal meniman cahaya mata kedua pada tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua
Trimester kedua
Terbaharu, Zahirah atau nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson memuat naik satu hantaran di Instagram Story tentang alahan yang dialaminya sepanjang hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian tersebut, Zahirah memaklumkan bahawa dia kini sudah berada dalam trimester yang kedua.
Dalam pada itu, dia juga turut memberitahu dia baru saja mempunyai selera untuk makan nasi setelah masuk trimester yang kedua.
Trimester kedua ini baru ada selera nak makan nasi.
Melalui perkongsian yang sama, pelakon berusia 28 tahun itu turut berkongsi pengalaman sewaktu dia berada dia trimester yang pertama di mana Zahirah tidak mahu menjamah nasi malah bau lauk masakan juga tidak boleh.
Masa trimester pertama, tak nak makan nasi langsung! Masa itu bau lauk masakan pun tak boleh.
Sumber: Instagram