Pelakon Aiman Hakim Ridza memaklumkan isterinya, Zahirah Macwilson bakal bersalin cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: Kongsi Foto Mesra Bercumbu, Netizen Nasihat Aiman Hakim & Zahirah MacWilson Jangan Suka Tayang Kebahagiaan – ‘Nanti Ada Yang Meroyan’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tahniah! Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Bakal Dapat ‘Baby Girl’
’31st or 1st?’
Menerusi perkongsian di Instagram, Aiman memohon doa agar dipermudahkan isterinya yang dijangka bakal melahirkan pada hari ini atau berkemungkinan esok.
31st or 1st? Semoga Allah permudahkan semua urusan.
Difahamkan, Zahirah sudah memulakan proses induksi untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran bayi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi undian bahawa Zahirah bakal bersalin pada 1 Jun iaitu pada hari esok dan mendoakan supaya semuanya dipermudahkan.
Semoga Allah permudahkan dan selamat semuanya, Mummy and baby.
May Allah ease the pain.
Nak beranak pun cantik. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Terdahulu, pasangan ini mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun.