Pelakon, Zahiril Adzim bersikap terbuka jika anaknya Nadi Anaqi mahu mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni. Tambahnya, isterinya Shera Ayob juga masih bergiat aktif dalam bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: Ada Babak Intim Atas Katil, Terus Saya Tolak – Zahiril Adzim
Artikel Berkaitan: [FOTO] Netizen Setuju Sekali Pandang Wajah Zahiril Adzim Mirip Naqiu Boboy
Saya sokong apa yang Anaqi minat
Zahiril Adzim, 37, menerangkan, dia dan isterinya akan sentiasa menyokong apa sahaja yang menjadi minat anaknya itu. Menurutnya, sebagai ibu bapa, mereka tidak akan menghalang jika anak tunggal kesayangan itu memilih untuk menceburi bidang seni di masa hadapan.
Saya tak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat.
Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar kepadanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu.
Walau bagaimanapun, pelakon yang bakal muncul dalam filem Siku 12 itu berkata, dia tidak melihat anak lelakinya itu cenderung ke arah bidang seni ketika ini.
Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang menggemari bidang seni kerana tidak suka berada di lensa kamera. Anaqi lebih pada bidang pelajaran san sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf.
Zahiril memberitahu, isterinya Shera telah menjadi pengurusnya sepenuh masa namun masih berlakon jika ada kelapangan atau ditawarkan watak yang bersesuaian.
Sumber: Media Hiburan